Dalam kejadian yang berlaku di Heaxabell Boutique, Ahad lalu, suspek yang berkaca mata dikatakan telah menghabiskan masanya selama sejam di butik berkenaan.
Menurut pemiliknya, Amoi Heaxa, pada hari kejadian hanya dua orang kakitangan yang bertugas.
"Kebetulan Ahad syif staff dua orang saja dan semua tengah sibuk melayan pelanggan. Wanita itu pula membelek-belek pakaian yang ada seperti biasa sehinggalah satu ketika dia cuba memasukkan sehelai baju dalam beg plastik di tangannya. Namun niatnya terhenti apabila ada pelanggan lain yang datang ke arahnya.
"Dia seperti sudah biasa melakukan kerja-kerja seperti ini. Malah dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum bertindak. Memandangkan keadaan tidak mengizinkan, dia mengambil enam helai baju dibawa masuk ke dalam bilik persalinan dan menghabiskan masa yang agak dalam di dalamnya.
"Selesai mencuba pakaian, hanya empat helai baju yang dipulangkan dan dia kemudian bertanya pada staff tentang warna, ada sediakan servis alter bagai. Staff saya masuk ke stor untuk mengambil stok dan bila keluar, wanita itu telah menghilangkan diri," katanya.
Susulan kejadian itu, Amoi Heaxa membuat laporan polis sebelum memuat naik video dan gambar-gambar suspek di Facebook.
Jelas Amoi Heaxa lagi, sudah dua kali butiknya dikunjungi pencuri dan pada kejadian pertama, CCTVnya rosak.
"Allah nampak apa yang awak buat saudari. Saya terpaksa viralkan memandangkan sudah dua kali terkena kes curi (pencuri berlainan). ORang macam awam memang patut diberi pengajaran.
"Saya takkan halalkan dunia akhirat. Kalau awak rasa awak dalam gambar ini, datang dan pulangkan atau minta maaf," katanya. - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment