(Video) Lelaki Dibelasah Kerana Terlalu Bising Ketika Melakukan Hubungan Seks Sehingga Menganggu Tetamu Yang Lain


CHINA - Berang dengan bunyi bising dari penghuni sebelah bilik yang sedang melakukan hubungan seks, seorang ahli perniagaan bertindak menendang pintu bilik pasangan berkenaan. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel di bandar Beihai, selatan Guanxi itu menunjukkan, Zhang, yang berang bertindak menyerang pasangan berkenaan.

Sebelum kejadian pada awal pagi, Khamis lalu itu, Zhang dan beberapa lagi rakannya menginap di hotel itu, bagi menghadiri mesyuarat penting keesokkan hari. 

Bagaimanapun pada lewat malam itu, Zhang tidak dapat tidur lena berikutan pasangan yang menginap di sebelah biliknya melakukan hubungan seks dengan mengeluarkan bunyi yang bising sehingga menganggu beberapa penginap hotel yang lain. 

Zhang kemudian keluar dari biliknya dan meminta pasangan berkenaan agar tidak berbuat bising. Sebaliknya, seorang lelaki bernama Lei Mou, memarahi ahli perniagaan berkenaan di sebalik pintu bilik.. 


Tindakan Lei Mou itu menyebabkan keadaan semakin keruh menyebabkan Zhang bertambah berang. Beberapa rakan Zhang yang terdengar kejadian itu datang untuk melihat apa yang berlaku. Sementara itu, kelihatan lebih dari 10 individu turut merakam kejadian itu dengan telefon bimbit mereka.


Zhang kemudian menendang pintu bilik itu, mengheret Lei Mou keluar lalu menumbuk dan menendangnya bertubi-tubi sebelum mengheret lelaki itu ke lobi, di mana pusingan kedua diteruskan sebelum dileraikan oleh pihak polis. 

Zhang bagaimanapun mengaku bersalah di atas tindakannya yang terburu-buru itu, serta membayar ganti rugi 15,000 yuan (RM9,344) kepada Lei bagi menyelesaikan masalah tersebut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment