Seekor tikus kelihatan berada di atas susunan roti di bakeri Komugi Malaysia seperti dirakam oleh seorang pengguna Facebook. ― Foto ihsan Facebook/Melon Roux
KUALA LUMPUR, 25 Okt ― Seorang pelanggan bakeri Komugi Bakery Malaysia terkejut apabila melihat seekor tikus terbaring di atas susunan roti yang baru sahaja dimasak.
“Saya tergamam seketika!” kata pelanggan itu Melon Roux di Facebook kelmarin, terperanjat besar setelah agak lama tidak berkunjung di situ.
Beliau kemudian memulangkan semula pastri yang mahu dibelinya sebelum memaklumkan perkara itu kepada kakitangan bakeri, yang terletak di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini.
Dua foto tikus itu, di atas talam roti, dimuatkan di media sosial miliknya sejak 23 Oktober lalu, menarik perhatian lebih 2,700 kongsian dan lebih 1,700 ulasan.
Menyedari masalah tersebut, Komugi hari ini “memohon maaf” kepada pelanggan-pelanggannya atas kejadian memalukannya itu.
Syarikat itu sedang menyiasat “insiden terasing” ini, tambahnya.
“Komugi mengambil perhatian pada insiden makhluk perosak di kedai kami di Mid Valley Megamall dan memohon maaf kepada pelanggan atas segala kesulitan,” katanya dalam satu kenyataan.
“Keselamatan dan mutu makanan menjadi keutamaan kami dan kami memandang perkara ini dengan serius.
“Kami bersama pihak berkaitan dan pengurusan pusat beli-belah itu sedang menyiasat insiden terasing ini.”
Dalam proses siasatan tersebut, kata syarikat itu lagi, ia akan menutup kedai bakeri tersebut.
Pelanggannya boleh menghubungi bakeri tersebut melalui customerservice@komugi.com.my.
Sumber: Themalaymailonline.com
Blogger Comment
Facebook Comment