Penemuan seekor tikus di ruangan penyimpanan roti di Komugi MidValley - Foto Melon Roux |
KUALA LUMPUR - Alangkah terkejutnya dua pelanggan sebuah kedai bakeri apabila mereka mendapati kehadiran seekor tikus di tempat penyimpanan roti, dalam kejadian Ahad lalu.
Melon Roux, individu yang memuat naik gambar tersebut di laman Facebook berkata, beliau tidak menyangka kedai bakeri yang popular di Klang Valley itu tidak menyedari kehadiran tikus yang telah mencemari roti mereka.
"Sedang saya seronok memilih roti, tiba-tiba rakan saya menjerit dan membuatkan saya terkejut lalu bertanya apa yang berlaku. Namun dia tidak menjawab soalan saya, sebaliknya terus merenung dulang roti di depan matanya itu.
"Apabila saya menjenguk apa yang dilihat olehnya, saya tergamam seketika! Saya terus kembalikan segala roti yang telah diambil dan memaklumkan perkarai tu kepada kakitangan kedai berkenaan," katanya.
Meskipun Roux tidak menyatakan nama kedai berkenaan, netizen dapat meneka kedai tersebut berdasarkan corak di tingkap premis. |
Dalam maklumbalas awal Komugi Malaysia berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap isu tersebut dan kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku. Komugi juga telah melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan MidValley.
Malangnya, kenyataan pihak Komugi itu dikritik beberapa netizen kerana dilihat cuba menunding jari terhadap pihak pengurusan MidValley.
Kenyataan awal Komugi Malaysia berhubung insiden di premisnya di MidValley |
Lapor Hype.my, tidak beberapa lama kemudian, komen Wee Shyun Yu telah dipadamkan. Tindakan pihak pengendali laman Facebook Komugi itu jelas sekali tidak profesional dalam soal menangani aduan pelanggan.
Dalam kenyataan media rasmi, Komugi mengumumkan bahawa premisnya di MidValley akan ditutup buat sementara waktu untuk siasatan dan Komugi juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
Blogger Comment
Facebook Comment