Terasa sedih dan terkilan dengan apa yang menimpa gadis ini. Perginya seorang kawan yang dikenali selama 15 tahun tanpa sempat membantunya untuk berubah dikala dia memerlukan sokongan dari sahabat baiknya.
Pastinya tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan yang dilalui oleh Fatin pada masa ini. Semoga menjad pengajaran kepada yang lain agar jangan pernah mengabaikan kawan yang bermasalah. Sesungguhnya, mereka perlukan bantuan dan sokongan daripada kita.
Salam semua, aku tak ada nak confess apa-apa pun. Sekadar nak bercerita tentang arwah kawan aku.
Oleh Fatin
Nama dia Amirah. Aku dengan dia memang jauh beza lifestyle, langit dengan bumi. Dadah, rokok, clubbing, pukul orang, ugut orang, kau bagilah pada Amirah. Aku pula dibesarkan dalam keluarga yang kuat agama.
Kami kenal semenjak darjah lima. Sampai tingkatan tiga, kami satu sekolah. Memang dialah BFF aku walaupun berlainan gila. Tak tahulah kenapa tetapi aku rasa dia jujur, tak cakap kasar dan biasa sahaja. Dia tak pernah berlagak kuat walaupun aku pernah tengok sendiri dia pukul budak lelaki sampai lembik.
Masa aku berumur 21 tahun, aku dapat tawaran kerja yang best dan aku tinggal menyewa dengan Amirah. Setiap hari Amirah minum arak, merokok. Bukan Pall Mall kotak biru, dia smoke betul punya Surya Aceh itu, perokok tegar. Solat tak pernah, setiap malam saja dia mula bersiap nak pergi clubbing. Aku mula rasa tak best, mungkin sebab dulu aku budak lagi jadi tak rasa nak menegur. Bila dah dewasa, tetapi dia tetap sama seperti itu membuatkan aku rasa sedih gila.
Agak lama aku jadi housemate Amirah, sampai aku berumur 25 tahun.
Beberapa bulan sebelum Amirah meninggal, dia ada cakap dengan aku.
Wei, jangan jadi macam aku. Kau, sembahyang jangan tinggal. Dadah, arak, rokok semua ini haram. Kau jangan tayang aurat. Kau jangan buat semua ini.
Sambil dia menasihatkan aku, tangan dia sedang mengulung wang kertas RM1 untuk sedut serbuk melalui hidung.
Masa itu, pertama kali air mata aku mengalir tak berhenti untuk Amirah. Aku tak tersedu-sedu tetapi air mata tak berhenti. Aku tahu Amirah dah high and fly entah jadi unicorn ke apa. Masa itu aku pegang tangan dia.
Sudahlah, kau kerja hebat, educated. kau jangan buat dah benda ini. Tolong stop semua ini once and for all.
Mendengar kata-kata aku itu, Amirah hanya tersengih dan memegang pipi aku.
4 tahun dah kita duduk serumah, 15 tahun dah kita kenal. Kenapa baru sekarang tegur? Kau nak masuk syurga seorang ye? Hahahaha!
Selepas itu dia tidur, lama. Keesokkan harinya Amirah tak pergi kerja dan aku tengok dia masih tidur di meja dapur.
Sepanjang aku kerja hari itu, aku betul-betul rasa tak tenang dan serabut sangat. Rasa hati ini seperti dikoyak-koyak. Aku terkesan dengan apa yang Amirah cakap. Benar, sudah lama aku berkawan dengan dia tetapi aku tak pernah tegur pun kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat, tak pernah halang dia ambil high heels di rak kasut untuk pergi clubbing. Aku terapkan sikap jangan campur hal orang dan tanpa aku sedar yang sebenarnya aku dah menjadi seorang kawan yang teruk. Aku nak masuk syurga seorang.
Balik itu, Amirah tengah makan mee maggi. Dia nampak bersih dari hari-hari biasa. Dia sanggul rambut, pakai t-shirt besar dan sweatpants tak seperti kebiasaannya memakai boxer, singlet dan rambut serabai. Dia ajak aku makan, dia benar-benar berlagak seperti biasa dan tiada pun bangkitkan hal semalam. Masa itu aku nekad, dia nak kata aku ustazah pun katalah. Janji aku nak dia stop semua yang dulu sebab aku sayangkan dia.
Aku ajak dia solat, dah tentulah dia gelak saja. Aku sorok lighter, dia gelak dan pergi cucuh rokok guna api dapur gas. Aku sengaja buka channel 'Tanyalah Ustaz' kuat-kuat dan dia tersengih masuk bilik dan pasang lagu Cradle of Filth dia. Aku tak berputus asa, aku buat setiap hari.
Tiga hari sebelum Amirah meninggal, dia jenguk kepala di bilik semasa aku sedang main Sudoku. Dia ajak mandi pool di bawah, aku tolak sebab dah mandi.
Jom solat!
Aku buat-buat biasa dan jawab aku dah Isyak. Dia ajak juga solatlah apa-apa pun.
Boleh, jom tidur dulu. Nanti aku kejut, kita tahajjud.
Dia setuju dan malam itu kami benar-benar tahajjud. Bilik asing tetapi pintu terbuka. Bilik aku bertentangan pintu dengan Amirah sebab dia kata depan Allah dia nak seorang-seorang tetapi dia tak tahu solat. Jadi, dia ikut saja apa yang aku buat dari sebelah. Sujud akhir, lama dia sujud. Aku tak tahan mata mengantuk, aku tidur dulu sebab aku dah tunggu dekat sejam, dia tak angkat-angkat kepala.
Esok, bila aku bangun, Amirah dah keluar. Pelik juga sebab hari Ahad, takkan dia kerja? Aku keluar nak buang sampah dan terjumpa Amirah keluar dari lif bawa sarapan pagi. Selepas itu kami makan. Amirah tanya aku, dia baik tak? Aku cakap bolehlah daripada tak ada.
Segalanya kelihatan normal, kami bersembang seperti biasa. Amirah tak solat dan masih merokok dan minum beer petang itu. Aku tak tahu kenapa aku tahan lagi bila dia tak sembahyang, merokok segalanya. Maksud aku, aku tahan untuk tidak marah. Tetapi selepas dia ambil beer, aku rasa menggelegak hati. Aku ambil beer dan baling ke peti ais. Suara aku memang tinggi, aku sakit hati sangat dan ya aku mengamuk petang itu. Aku jerkah Amirah puas-puas. Tetapi satu ayat dia yang membuatkan aku berhenti dan masuk bilik.
Lambat sangat kalau kau nak concern macam ini, babe. Aku tak kuat seorang-seorang.
Esoknya Amirah tak keluar bilik. Aku pergi kerja seperti biasa. Tepat jam 7 petang aku sampai rumah. Amirah atas sofa dengan muka yang sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja penuh dengan 'barang masak' dia. Lutut aku lembik, air mata aku tak keluar tetapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa untuk aku nak sedarkan Amirah yang betul-betul dah tak ada.
Aku menjerit, menangis, perasaan bercampur baur, marah, tak percaya, sakit hati dan kehilangan.
Aku call ambulans dan selepas selesai semua prosedur (skip cerita proses hospital, polis dan kebumi arwah), aku duduk tepi bilik Amirah dengan jiwa yang kosong.
Hari ini, hari terakhir aku di rumah ini. Aku dah berhenti kerja. Aku nak balik duduk dengan keluarga aku. Aku perlukan masa untuk menghadam apa yang terjadi. Memandangkan saving aku banyak, aku buat keputusan untuk tinggalkan semuanya di sini.
Sepanjang perjalanan aku balik ke kampung, aku berulang-ulang kali flashback ayat Amirah.
Lambat sangat kalau kau nak concern macam ini, babe. Aku tak kuat seorang-seorang.
Kalau sayang kawan, jangan jadi seperti aku dan jangan perkecilkan masalah kawan. Juga jangan lari dari kawan yang nampak teruk. Mereka perlukan kita, mereka benar-benar mahu kita ada. - Fatin (IIUM Confessions) | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment