Suami saya bergaji RM10,000 sebulan, tetapi anak saya, saya pakaikan baju yang murah-murah sahaja. Baju paling mahal pun, saya beli dalam harga belasan ringgit. Yang lain, semua RM10. Bukan kami tak mampu tetapi malas nak membazir dengan budak kecil ini. Budak kan cepat membesar, nanti beli lagi.
Ada seorang perempuan ini, gaji suaminya berapa sajalah sebulan nak bayar itu ini, anak pakai baju H&M, Anakku bagai. Buat apa nak membazir? Asalkan lawa di mata sudah, jenama tak penting pun.
Pernah suatu masa dia mengata saya dengan si A. Si A pula beritahu saya, dia cakap dia pakaikan anak dia baju murah saja. Malas saya nak ambil kisah.Yang penting setiap bulan, kami simpan duit dalam buku Ting (ASB) anak. Sekarang umur anak dah dekat setahun, simpanan dia dah mencecah RM3,000. Baru setahun, kalau 10 tahun? Tak campur lagi dengan dividen. Itu kan lagi penting.
Bukan kami tak mampu. Gaji suami saya selepas bayar segala keperluan, ada baki sebanyak RM5,000 - RM6,000. Tetapi malas nak buat benda yang tak berfaedah itu.
Itu saja nak kongsi untuk panduan bersama. Jangan ingat anak yang pakai murah, mak bapa dia tak ada duit eh. Ada lagi benda yang lebih berfaedah dan lebih bagus dibuat daripada membazir duit beli barang berjenama untuk anak.
Kadang-kadang orang sekarang suka sangat nak menunjuk-nunjuk, sanggup beli barang mahal untuk anak walaupun tak mampu. Nak tunjuklah yang dia sayangkan anak. Bukan begitu caranya. Sayang anak, tiap-tiap bulan simpan duit untuk anak, itu baru namanya sayang anak.
Panjang pula saya berleter. Oklah, sekian. - Isteri kepada lelaki bergaji RM10,000 | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment