Restoran Diiktiraf Gred A, Tapi Ayam Goreng Berulat?


PUTRAJAYA - Seorang lelaki mendakwa, makanan yang dipesannya di sebuah restoran 'mamak' di Presint 9, dicemari ulat, cetus kebimbangan netizen khususnya yang menetap di wilayah itu. 

Menurut individu yang memuat naik video dan gambar berkenaan, Ahmad Faizal Padzil, restoran berkenaan diberi pengiktirafan tahap kebersihan A. Namun, hidangan yang dipesan oleh pelanggan, Izan Mikail Mahmud, pula menunjukkan sebaliknya. 

"Diiktiraf kedai gred A katanya. Sekarang macam mana nak cerita? Orang Putrajaya, take noted! Benda ini bukan main-main. Selepas ini kalau nak makan, rajin-rajinlah belek lauk pauk di kedai mamak itu dulu ye," kata Ahmad Faizal Padzil


Bagi Izan Mikail Mahmud, apa yang berlaku itu adalah sebagai pengajaran bagi dirinya agar tidak memandang pada bentuk paras rupa kedai dan gred A yang diberikan. 

"Pengajaran untuk hari ini, jangan dipandang pada bentuk paras rupa kedai dan gred A kedai. Sekali saya makan, ayam ada ulat. 

"Kepada kawan-kawan yang berniaga kedai makan, sila jaga kebersihan kedai," katanya. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment