'Ibu Meninggal Dunia Malam Tadi...'


OHIO, AMERIKA SYARIKAT - Saat yang amat menyayat hati apabila seorang bapa cuba memberitahu anak lelakinya berusia 8 tahun bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat pengambilan heroin yang berlebihan, lapor Mirror.

"Ibu meninggal dunia malam tadi.."

Kanak-kanak itu tidak dapat mengawal rasa sedihnya lalu menangis di hadapan bapanya, Brenden Bickerstaff-Clark

Brenden yang turut bersedih melihat anaknya menangis, cuba menenangkannya. 

Video itu kemudian viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang berkongsikan video itu di Facebook, bagi memberikan peringatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak bahawa, bahayanya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 

"Ini ditujukan kepada sesiapa dan ibu bapa yang mempunyai anak. Hari ini saya terpaksa memberitahu anak lelaki saya berusia 8 tahun bahawa ibunya meninggal dunia akibat pengambilan heroin yang berlebihan, malam tadi. 

"Jangan biarkan ketagihan ini membuatkan seseorang terpaksa memberitahu anak anda bahawa anda mati kerana dadah. Ini adalah salah satu perkara yang paling sukar, yang pernah saya lakukan," katanya. 

"Anak saya kehilangan ibunya kerana heroin. Tolong dapatkan bantuan (jika anda ingin berhenti) agar anak kita tidak perlu menerima penderitaan seperti ini. 

"Ini bukan lakonan, ini adalah kejadian yang sebenar. Memang saya suruh situasi ini dirakam agar penagih yang mempunyai anak-anak kecil boleh melihat bertapa seriusnya teruknya kesan dari ketagihan pada dadah," katanya. 

"Saya sendiri dalam proses pemulihan dan kini sudah mencapai 94 hari saya jauhkan diri dari dadah. Tolong sebarkan, mungkin video ini dapat membantu menyelamatkan golongan ibu bapa yang terjebak dalam najis dadah," katanya. 

Video tersebut telah ditonton 24 juta kali dan menerima 81,000 komen semenjak video itu dimuat naik pada pagi semalam. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment