'Kali Ke-2 Muka Anak Saya Diconteng Dengan Pen Kerana Gagal Sebut Perkataan Yang Diajar Cikgu' - Amy Teo


KUCHING - Seorang surirumah mendakwa pipi anaknya telah diconteng dengan pen oleh seorang guru hanya kerana gagal menyebut perkataan yang diajar, Khamis lalu. 

Dalam kejadian di sebuah sekolah mubaligh itu, Isaac telah memberitahu perkara itu setelah didesak oleh ibunya, Amy Teo, ketika waktu pulang dari sekolah. 

Bagi mendapatkan kepastian, Amy bertemu dengan guru besar sekolah itu dan guru wanita yang terlibat dipanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar. 

"Dia (guru) mengaku melakukan hal tersebut (conteng) dengan alasan anak saya tidak pandai menyebut perkataan yang diajarnya dan dia telah meminta maaf kepada saya," kata Amy. 

Menurut Amy, kejadian itu merupakan kejadian kali kedua muka anaknya diconteng hanya kerana sebab yang sama. Selain itu juga, Amy mendakwa perut anaknya pernah dicubit oleh seorang guru lain sehingga meninggalkan kesan lebam. 

"Sebenarnya ini adalah kejadian yang kali kedua dia (guru) menconteng muka anak saya hanya kerana sebab yang sama. Disebabkan tindakannya itu juga, anak saya menjadi takut dan hilang keyakinan untuk memberikan jawapan menyebabkan dia mendiamkan diri. Guru itu marah kerana menunggu terlalu lama lalu dia menghukum anak saya dengan cara ini," katanya.




Ekoran kejadian itu, ibu berusia 33 tahun itu telah membuat laporan polis pada hari yang sama untuk rujukan pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment