'Terima Kasih Sebab Tuduh Saya Culik Anak Orang'


Terkilan dan sedih hati seorang ibu kepada dua orang anak gadisnya yang dituduh telah menculik anak orang, berikutan wajah dua anaknya itu tidak mirip wajahnya. 

Seorang individu telah menghubunginya melalui WhatsApp dan bertanyakan soalan tidak wajar sehingga mendakwa wanita ini menculik dua kanak-kanak terbabit yang didakwanya menyerupai anak Cina dan Pakistan.

Pada awalnya, individu ini menyangka dua kanak-kanak terbabit adalah anak angkat wanita itu kerana tiada memiliki wajah yang mirip, selain mendakwa dia menggunakan dua kanak-kanak terbabit untuk meraih simpati orang. 

"Taklah, risau juga sebab sekarang banyak kes culik anak. Mungkin awak salah seorang guna cara ini untuk dapatkan simpati orang. Sungguh anak-anak awak tak ada iras awak. Sebab itu saya curiga. Entah anak cina mana awak ambil dan bela, awak cakap anak awak. 

"Awak kan duduk di Pulau Pinang, kota maksiat. Entah anak endon mana awak ambil dan cakap anak awak. Atau awak ini ibu ayam, atau perdagangkan orang yang mana bila orang itu mengandung, awak ambil anak dia. Awak masih muda tetapi dah ada tiga orang anak. Sungguh saya tak percaya," katanya. 












Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan bahawa dua anaknya itu mengikut bekas wajah suaminya atau ada pembawaan semasa mengandung. Dia juga menegur tindakan lelaki itu yang biadab secara tiba-tiba menuduh dan menghinanya tanpa sebarang sebab. 

Teguran wanita itu membuatkan individu itu berang dan mula melemparkan kata-kata kesat terhadapnya seperti mak ayam atau pelacur murahan. 

Enggan meneruskan perbualan, wanita berkenaan mengabaikan saja mesej dari individu tersebut.

Inilah penyakit segelintir netizen di media sosial. Ada saja perkara yang membuatkan mereka tak berpuas hati dan secara tidak sedar menghina, mengaibkan dan merendah-rendahkan orang lain sehingga melukakan hati mereka. Sebaik-baiknya, jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, diam dan usah berikan sebarang kenyataan bagi mengelakkan diri terbuat dosa kering. - The Reporter
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment