Seorang dukun temberang telah ditahan ketika cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakitnya. Kegiatan lelaki berusia 48 tahun itu telah dilaporkan oleh penduduk setempat di Seremban kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) sebelum mereka menyerbu pusat kegiatan lelaki terbabit.
Mangsa yang berusia 24 tahun dikatakan telah menghubungi suspek untuk menerima rawatan secara Islam sebagaimana yang diberitahu suspek. Pada awal pertemuan mereka, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia mempunyai masalah untuk mendapatkan anak.
Suspek yang cuba memperdayakan mangsa terlebih dahulu membaca ayat-ayat al-Quran dalam memulakan rawatan terhadap mangsa.
Selepas itu, dia mula menikahi mangsa secara batin yang jelas terpesong dari ajaran sebenar agama Islam. Selepas itulah dia mula untuk melakukan s3ks dengan mangsa namun percubaan suspek berjaya digagalkan oleh Jheains yang menyerbu ke rumah suspek yang juga tempat dia mengubati mangsa hasil laporan masyarakat setempat.
Jheains merampas beberapa barangan milik mangsa termasuklah senaskah al-Quran dan satu kitab yang dipercayai untuk memperdayakan mangsa.
Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Blogger Comment
Facebook Comment